Perikatan Nasional bersetuju membentuk Majlis Presiden yang dianggotai semua ketua parti kerajaan bagi membincangkan dasar kerajaan.<br />Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, cadangan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Dipengerusikan Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.<br />Parti Amanah nafi ada mengeluarkan kenyataan memberi tempoh 7 hari kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengotakan janji mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.<br />Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menjelaskan berita melalui laporan sebuah portal itu berniat untuk melaga-lagakan Amanah dan Anwar.
